My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Sunday, November 30, 2008

IMAGIN realisasi MINAT


Dalam menyempurnakan kehidupan, saya mula meneruskan perasaan minat saya pada seni, seni lukisan, ilustrasi dr pc (mengedit), dan kebanyakannya jelas boleh dimasukkan dalam acuan seni naif. Bersandarkan pada minat dan kecekalan, Saya tanpa mengenal putus asa, hadir menyediakan diri untuk berimaginasi mengikut perasaan kesukaan pelik, iaitu menterjemahkan nilai binatang pelik dalam kehidupan saya.

Minat mendalam terhadap seni menjadi taruhan untuk mula bekarya. Bermula dengan angan-angan dan sembang kosong serta membuat sedikit editing dan illustrasi, saya mengembangkan cabang seni ke atas kain dan baju. saya masih belum puas. 'seni itu tidak ada penghujungnya'. Selagi ada minat, idea dan kreativiti, selagi itulah tangan tidak berenti membuat lakaran dan warnakan terus terpalit dari pc mahupon dari tangan sendiri.

No comments: