Pagi itu dia bangun lebih awal dari jam penggeranya. Jam penggera dari telefon bimbit. Dan pagi itu dia telah terjaga dan mencapai kotak sistem pesanan ringkas yang mempunyai banyak perihal yang nak dijadikan cerita dari nota-nota pesanan ringkas itu. Sunyi keadaan pagi itu, oleh kerana terlalu awal dia telah mengarang sedikit coretan tentang kehidupan yang tidak pernah habis. Baginya cerita yang dicoret ataupun penulisan yang dihasilkannya itu adalah luahan hati seperti keadaan pagi itu, sunyi. Ada dalam coretan berbaur simpati, sedih dan juga penuh rasa bersalah dan tidak lupa juga perasaan marah. Dia terlebih awalnya tadi ketandas membasuh muka, mengemaskan rambut yang disisir rapi kebahagian tepi dan mengenakan pakaian yang lebih sopan. Entah mengapalah dia rasa mahu sopan dihadapan coretannya tidak seperti hari-hari lain yang hanya mengenakan kain pelekat petak-petaknya itu. Antara coretannya yang dapat dirakamkan adalah lebih kurang bergini “hati dan perasaan awak sepatutnya di berehatkan seketika, kerana selepas ini awak akan berdepan dengan penghujung jalan, jadi awak mampu mengubahnya” , “aduh sayangnya dari dulu lagi aku sedar akan kau, tapi kau juga penah leka dan melupakan aku seketika”. Ayat-ayat dari otak awal paginya itu nampak jiwang betul, mungkin melayan lebih perasaan pagi dia. Namun begitu diraut wajahnya kelihatan perlukan sedikit rehat lagi mungkin malam nanti dia akan menulis yang baru untuk dijadikan coretan baru.
sekitar kehidupan sang merah yang digelar rex hanif. kadang2 kata kosong diluahkan dan kadang2 penuh berisi. mencerita tentang sekeliling nya dan ikut sesedap rasa je. aku lah org tu.. gelarlah diri aku seperti mana yang korang mahu. aku tetap biasa biasa aje..
- Rex Hanif
- seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment