My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Tuesday, March 6, 2012

aku bermonolog

mana laut, yang arahnya aku pijak rapuh lembutnya lumpur. mana udara yang tersedaknya aku dek asap kepul-kepul manusia, pergilah. mana airnya yang aku kuyup ditengah hari disimbah bawah teduhan. kemana aku hendak lari lagi jika aku tidak kembali pada realiti, kemari dan kemari aku panggil hati dan naluri. agar akal yang patuh dihala tuju. harus waspada sayang di hutan batu. tujuanku tujuanku rapuh atau aku tepu. dan aku hanya dengan kata-kata dibelasah teruk sehingga berdarah kering menjadi parut. terburainya istilah untuk kecederaan serius dikepala. atau aku hanya kosong malam 2340 6.03.12

2 comments:

~Nur Zulaiha~ said...

aku suka pada orang yang tahu bermonolog, mereka lebih kacak dari jejaka yang mengiklankan pencuci muka... ^_^

Rex Hanif said...

:) hehe trimas