My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Sunday, June 16, 2013

makhluksia kembara

jalan yang bakal ditemui oleh pengembara. yang mengenal tiap bauan tanah. tiap bauan rumput dan mengenali tiap bius bisa duri di tengah jalan. mulai bertarung dengan kebuasan haiwan dan kelembutan bulu dan kulit yang mulus haiwan hutan. mengenali habuk dalam mata. merentasi sebuah lembah hingga ke lembah baru yang musykil dan aneh

Tuesday, March 26, 2013

dah lame x update

Dengan ini aku sudah memikul tggjwb sbagai ketua dirumah. Tinggal dgn isteri ku. Melangkah kehidupan yg baru. Moga allah meredhai dan membuka jalan yang baru lebih sempurna dan cantik. Aku nikahi dia 10.02.13 syg aku pada isteriku dan anugerah cinta kurniaan allah aku bersyukur

Wednesday, August 15, 2012

bila sudah masanya

Bersemuka pada waktu yg singkat. Bila sudah dirakamkan dlm nota hidup. Tiada apa lagi dapat diungkapkan. Hanya pada yg berkuasa mampu menjelaskan dengan tiupan halus di hatihati jiwa.

Saturday, June 16, 2012

selepas menyeberangi kabus

Resah itu ditinggal bila kabus yg dahulunya berlalu dan tetap ada sebuah memori pabila malam tetap meratapi pasrah. Bila menyeberangi kabus, sunyi dan sayu. Sampai masaya kabus berlalu pergi meninggalkan kita tetapi kadang menjenguk menyentuh resah yg lama. Mengenangkan pasrah dahulu. Bertahanlah tiada lagi pelayaran yang jauh untuk kamu. Kerana telah menyeberangi kabus tiap kalinya