My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Thursday, December 25, 2008

CETAKAN SUTERA SARING

Pengenalan ringkas Silkscreen. Selain daripada diberi nama silkscreen, ia juga dikenali sebagai Serigraphy. Nama ini diberikan dari bahasa latin iaitu “seri” (silk) dan perkataan dari Greek iaitu “graphos” (melukis atau menulis). Di zaman dahulu penggunaan sutera (silk) itu adalah sebagai bahan untuk dijadikan cetakan. Namun demikian setelah masa berubah dengan kemajuan masa, maka ianya telah ditukarkan dengan penggunaan bahan sintetik. Penggunaan bahan ini juga mudah dan mempunyai ketahanan dalam menghasilkan karya.

1. PERSEDIAAN MEMBENTUK IMEJ
Dalam penyediaan stensil imej untuk kerja-kerja silkscreen, imej mestilah berwarna hitam atau putih (samada untuk latar atau imej itu sendiri). Jika menggunakan komputer, anda digalakkan untuk mencetak imej ke atas plastik lutsinar (transparency) atau tracing paper. Anda dicadangkan menggunakan perisian komputer seperti Illustrator, CoralDraw atau Photoshop (lukis sendiri pun boleh, lukis atas kertas putih pastu tekap atas tracing paper guna marker hitam atau terus atas tracing paper, ikut suka kauoranglah)

2. PENYEDIAAN BAHAN-BAHAN UNTUK SILKSCREEN
Bahan-bahan Membuat Blok Silkscreen dan Lightbox Kayu, papan nipis atau papan, paku, penukul, staple gun, marker, playar ‘longnose’, gunting, skrew, skrew driver, measure tape, pembaris / pembaris L, lampu kalimantang, gergaji, kayu (cadang: kayu jelutong senang digergaji) cermin lutsinar dan pisau. Anda boleh membuat sendiri Light Box (DIY) dengan menggunakan lampu kalimantang sebagai sumber cahaya selain menggunakan cahaya matahari. Proses Cetakan Silkscreen Dakwat minyak (oil base) atau air (water base), squeegee, scoop coater (pilihan), tape lutsinar, camca, spray gun atau spray, bekas plastik, photo emulsion, sensitizer dan hardener.

3. PROSES MENYEDIAKAN ‘PHOTO EMULSION’ UNTUK SILKSCREEN
Anda perlu menyediakan 3 bahan asas. -Photo Emulsion (berfungsi sebagai merakam imej seperti filem), -Sensitizer (fungsi pelengkap kepada Photo Emulsion) dan -Hardener (fungsi untuk imej bertahan lama dan menutup mana-mana silkscreen yang tidak / kurang terkena Photo Emulsion). Penggunaan hardener adalah pilihan. Tip Sukatan campuran yang dicadangkan : 4 unit Photo Emulsion dan 1 unit Sensitizer. Nisbah : 4 + 1 ada yang suggest 7 + 1, Anda boleh mencuba cara nisbah ini atau mengikut kesesuaian, pandai-pandai kauoranglah.... Pastikan ianya tidak terkena cahaya secara terus untuk lebih tahan lama. Jika bekas photo emulsion telah dibuka ia boleh bertahan sehingga 6 bulan dan jika dicampur sensitizer tahan 3 bulan, apa-apapun pandai-pandai kauoranglah.......

4. PROSES COATING SILKSCREEN
Proses coating hendaklah dengan kapasiti cahaya yang minima. Pastikan kain Silkscreen anda bersih. Anda boleh menggunakan squeegee atau alatan khas (scoop coater) untuk meyapu/meratakan photo emulsion yang telah disediakan. Sapukan secara rata keatas permukaan silkscreen. Anda boleh menyapunya di bahagian hadapan sahaja ataupun di kedua-dua belah silkscreen. Setelah selesai, blok silkscreen tersebut hendaklah dikeringkan sekurang-kurangnya selama 1 jam (pastikan ianya benar-benar kering) atau lebih di tempat yang tidak bercahaya atau kadar cahaya yang rendah. Tip Lekatkan paku memo di bahadian hadapan silkscreen dalam proses pengeringannya.Pastikan anda meletak bahagian hadapan mengadap ke bawah (imej mengadap ke bawah) dan tidak menyentuh permukaan lain semasa proses pengeringan.

5. PROSES PENETAPAN MASA DEDAHAN CAHAYA (expose)
Penetapan cahaya untuk memindahkan imej ke atas silkscreen yang telah siap disapu dengan photo emulsion adalah bergantung kepada cara bagaimana ianya didedahkan. Lekatkan imej anda di bahagian hadapan blok silkscreen dengan menggunakan pelekat (tape) jernih / lutsinar. Contoh dedahan cahaya dengan lightbox, kalau matahari terik mungkin kurang lagi minitnya (mengikut kesesuaian saiz dan cahaya) : - transparency: 4 - 7 minit / - tracing paper: 5 – 9 minit Penetapan dedahan cahaya ke atas sesuatu imej juga boleh berbeza hasil keputusannya, bergantung kepada : - Jenis Photo Emulsion, cara bancuhan dan campuran - Jenis lampu yang digunakan - Imej (kejelasan) - Penggunaan tracing paper / plastik lutsinar (transparancy) Tip Anda disarankan menyediakan satu blok silkscreen percubaan untuk mengetahui keputusan imej.

6. PROSES MENANGGAL PHOTO EMULSION
Setelah tamat tempoh dedahan cahaya, anda boleh menanggalkan photo emulsion. Ratakan air dahulu ke atas permukaan silkscreen selama 30 saat – 1 minit atau sehingga nampak imej. Kemudian halakan air samada menggunakan spray (ala spray baju yang mak kauorang guna tu) ke arah imej. Biarkan blok kering. Tip Jika berlaku kerosakan imej semasa proses ini berlaku, anda boleh menampal (seperti lubang) dengan menggunakan photo emulsion ke atas silkscren anda, kemudian biarkan ianya terkena cahaya matahari selama beberapa minit kemudian membasuhnya (seperti proses menanggalkan photo emulsion) Anda boleh memadam tetapi tidak boleh menanggalkannya terutama jika imej tersebut kecil. Jika berlaku kerosakan teruk kepada silkscreen anda (hahahahahah), anda boleh membasuhnya dengan menggunakan photo emulsion remover atau nak senang cuci dengan clorox (mungkin silkscreen anda tak berapa tahan lama, aku guna cara ni je)

7. PROSES MENCETAK IMEJ
Kini anda boleh mencetak imej silkscreen.

8. PROSES MENANGGALKAN WARNA DARI BLOK SILKSCREEN
Jangan biarkan warna berada terlalu lama di atas silkscreen kerana warna boleh mengeras dan akan menutupi bahagian silkscreen anda. Pastikan anda terus membasuh blok silkscreen setelah selesai kerja-kerja yang telah dilakukan, begitu juga dengan squeegee serta alatan yang berkaitan. Jemur dan biarkan blok anda kering.

ulasan dari sukeseni.blogspot.com

10 comments:

COEUR ÉNONCIATION - HEART SAYING said...

thkns 2 this owner blog coz u dh mmudhkn i tok cr mklumat yg mmrlukan..smemagnya pnulis blog cm gni r sgt dperlukn..
thnks beb...

Rex Hanif said...

its ok...same2

COEUR ÉNONCIATION - HEART SAYING said...

foto silkscreen plk cmne

khai said...

ada gambar tak sutera saring? thks atas maklumat utk sy yg baru bljo..

Anonymous said...

Terima kasih kerana menyediakan blog yang penuh dengan ilmu.Teruskan usaha ,moga berjaya didunia dan akhirat, berkat perkongsian ilmu ini.

Rex Hanif said...

okay its okay huhu.. dah jumpe?

JAa Ara said...

thanks 4 yur info..make my searching to easy..hehe..;)~JAa Ara

Rex Hanif said...

tak jd mslah :))

Anonymous said...

aku tak tahu mana nak cari kain sutera wuahhhhh

Adlan Syazwan said...

Maaf mencelah admin.... Cuma nk tolong, bagi yg mencari kain sutera saring, barang2 silk screen, pewarna tie dye.... boleh ke page kami di
Facebook : X-Plosive Tie Dye
Instagram: xplosivetiedye