My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Thursday, July 28, 2011

dalam jiwa ayah ibu sejarah

ayah jodoh bersama ibu sudah berlalu. terlalu lama ia dikenangi kembali oleh aku, sudah cecah 10 tahun. aku tahu ia takdir dalam hikmah yang maha kuasa. dan apa yang hanya aku dapat katakan..aku hormat dan semoga allah merahmati dirimu. buat ayah (abah) yang jrg2 dapat bersua.. moga kita berjumpa lagi insyaallah. abah, aku dapat rasakan kita tidak rapat, dapat rasakan ia sudah lali dgn diriku yang terbiasa jauh darimu tetapi aku percaya diri aku perlu utk terus menyanjungi dirimu dlm apa jua perkara dan aku harus redhakan apa yang berlaku... dan buat ibu (emak) aku amat memahami isi hatimu, sesungguhnya besar kesabaran dan ketabahan melayan kerenah anak2 mu yang berbeza pendapat bersendirian. sesungguhnya keluarga kita dari yang baik2, dan semoga pengakhirannya yang baik2 insyaAllah. amin ya rabb... aku rindukan disiplin yang dilatih oleh tokwan semasa kecilku...semua anak generasinya menuruti dan menghormati peringatannya.. tapi kini semuanya sudah pandai menguasakan ego sendiri........  kpd kawan2 hargai apa yang punya.. cerita kamu tidak sepertiku, namun hidup ada pasang dan surutnya....syukur dan meredhakan sebaiknya... sampai sini coretan dari seorang yg kecil hati...