My photo
seorang budak biasa. yang tidak istimewa.. hanya berfikiran lain sedikit dari orang kebiasaan. minda aku sering lari. dan jiwa aku sering dikejar. roh dan jasad bergaduh semasa aku sedang mengawal situasi huru hara di sudut kotak berwarna tanpa buncu

Wednesday, November 24, 2010

crossover hujanXpepatun 25/11/2010 6pm BERJAYA TIMES SQUARE Kuala Lumpur


HujanXpepatun
Apakah Pepatun?
Pepatun Artwork, adalah satu label / jenama jalanan di Malaysia yang telah ditubuhkan pada lewat 2007. Pereka seni yang  bergerak secara berdikari (menghasilkan karya dengan kos sendiri).  Menjual hasil seni, dan mengambil servis sebagai pereka dan pemikir. Diantara produk yang semakin aktif, The Strawbot dan Pepatun Doll. Disebalik tabir pepatun ini adalah terdiri daripada anak muda yang mempunyai minat yang sama dalam bidang seni. Harapan mereka untuk mengetengahkan seni rekaan model aksi dan juga permainan di Malaysia.  www.pepatunartwork.com  pepatun@gmail.com  Rex:0194407082 / Jenab:0194343974 /

Apakan Hujan X Pepatun?
Silangan dan gabungan seni musik dan seni rekaan model aksi, Kugiran Hujan dan Pepatun Artwork mempersembahkan Lonely Soldier Bot. Karya anak muda dari label jalanan Malaysia “Pepatun Artwork”  menghasilkan seni rekaan model aksi. Dengan olahan idea sendiri dan pembikinan hasil tangan sepenuhnya. Sempena keluaran album terbaru Hujan, “Lonely soldier boy”.

Apakah Lonely Soldier Bot?
Model aksi, bertemakan pahlawan tradisi Jepun (samurai). Lonely Soldier Bot, dihasilkan menggunakan bahan kertas orbit, kain dan campuran bahan lain. Rekaan khas untuk kugiran Hujan daripada pepatun rangers (ahli pepatun) yang juga diantara raingers di Malaysia.  Perwatakan samurai yang gagah dan berani di sampaikan melalui model aksi ini berkaitan dengan perjalanan kugiran hujan itu sendiri yang gigih berusaha dalam menyampaikan hasil karya mereka yang unik dan berbeza.

3 comments:

nana said...

wow! :) nicee,selamat maju jaya.

Rex Hanif said...

hihi thanks nana... selamat2

Rex Hanif said...

hihi thanks nana... selamat2